Thursday 25 September 2014

Arnab Comel : Anak Si Tompok Sudah Mula Makan Pallet

Minggu ni adalah minggu kempat anak anak tompok dilahirkan.. hampir sebulan anak anak ini lahir.. Minggu lepas mereka sudah mula makan daun daun segar.. minggu nie mereka dah mula belajar makan pallet.. Selain itu mereka sudah minum dibekas yang kami sediakan. Nampak kurang sesuai minum dibekas sebab bekas tersebut agak tinggi kalau nak compare dengan ketinggian badan anak anak Si Tompok yang comel itu..

Sekarang kami telah mencampurkan anak anak Si Tompok bersama ibunya.. so, rutin kami setiap pagi sudah berkurangan. Kalau dulu, setiap pagi dan petang kami terpaksa mengambil Si Tompok dan bawanya ke sangkar anak anaknya untuk menyusukan anak anak mereka. Sekarang, sebab dah duduk dalam satu sangkar, anak anaknya yang dah tumbuh gigi depan tu, berkejar kejar untuk menyusu.. kadang kadang kesian jugak tengok Si Tompok tu, ye la kan.. anak anaknya kan gigi panjang panjang.. so time menyusu tu mesti rasa ngilu.. hahaha. Cuba bayangkan ekk, kalau anak anak kita ada gigi panjang macam tu. tak payah nak isap susu ibu la.. puting susu silikon pun boleh koyak setiap kali isap... tett tett....(untuk bacaan 18 tahun keatas sahaja.. )











No comments:

Post a Comment