Monday 8 September 2014

Arnab Comel : Anak Si Tompok Hilang Lagi

Setelah digemparkan dengan misteri kehilangan anak pada hari semalam, pagi ini, lagi seekor anak Si Tompok hilang!!! Kali ini saya tidak teragak agak untuk mengasingkan anak anak Si Tompok dan ibunya. Saya cuma bimbang yang anaknya yang lain turut hilang lagi. 

Sekarang tinggal 5 ekor saja anak Si Tompok. Start pagi ni, kami sekeluarga mengambil inisiatif untuk menyusukan anak anak Si Tompok. Maksud saya, bukan menggunakan susu saya, tapi susu Si Tompok jugak la.. 

Kami aturkan setiap pagi (sebelum pergi kerja.. dalam kul 7am macam tu la) dan malam (selepas balik kerja dalam kul 7 pm macam tu) kami akan ambil Si Tompok, baringkan dia, pegang telingan  dan kaki dia, dan ambil anaknya seekor demi seekor untuk menyusukan. 

So far, ada 3 ekor yang perutnya abak buncit sebab kenyang sangat kot.. dan yang dua lagi agak kurus dan kecil.. 

Buat pertama kalinya, saya membantu anak anak arnab yang baru berusia kurang seminggu menyusukan susu badan ibunya.. 

Susu Si Tompok tak banyak sangat.. so, anak yang dapat giliran 4 dan 5 tu macam tak kenyang sangat la.. emm nak kena cari idea nie, macam mana nak bagi susu Si Tompok banyak. Kalau ikut orang melayu, nak banyakan susu kena makan sawi putih / pak choi. So far kami hanya berikan pallet dan lobak je.. tapi susunya tak banyak sangat..

Tengahari nie nak kena mulakan projek baru, bagi sawi putih pada arnab yang dalam pantang.. Kalau ikut apa yang saya baca, arnab berpantang dalam seminggu macam tu.. logik jugak la.. kalau manusia, mengandung 9 bulan 10 hari (280 hari) dan berpantang selama 40 hari atau 14.28% daripada masa mengandung.. so kalau arnab bunting selama 30 hari maksudnya tempoh pantangnya adalah 4.28 hari atau kira kira 5 hari la.. so maksudnya hari ke enam atau minggu berikutnya, dah boleh la untuk kahwinkan dia semula.. 

Cuma, nak kena fikir tentang anak anaknya la.. macam manusia jugak.. walaupun pantang 40 hari, tapi ada jugak yang 8 bulan lepas tu lahir sorang anak (dalam hari pun belasah jugak.. adehhh...) Patutnya nak kena la bagi anak sampai putus susu jugak kan... So kalau arnab, anak anak putus susu lepas dua minggu la.. so kalau manusia lebih kurang 4 bulan setengah kot...




1 comment: