Monday 20 October 2014

Arnab Comel : Waspada Serangan Pemangsa

Sepanjang beberapa bulan saya berjinak jinak dengan haiwan comel yang namanya arnab nie, boleh dikatakan memang jarang jarang sekali si comel nie mengeluarkan bunyi.. kalau tak ya ya, memang tak dengar langsung suara merdu dia nie.. ada beberapa keadaan yang memungkinkan dia akan mengeluarkan bunyi;

1. Anak kena pijak si ibu..
Arnab yang masih belum putus susu, biasanya usia kurang sebulan akan suka bermain main didalam sangkar. Kadang kala, time si ibu nak jalan ke situ, time tu la jugak dia nak ke sana. Apa lagi, terpijak la si ibunya.. time nie mungkin dia akan menjerit..

2. Si jantan mengejar si betina bagi tujuan ... ehem ehem..
Ada masa masa bila si jantan memang dah nak nak sangat la.. tapi time tu si betina pulak tengah tak ready.. so bila kena kejar tu, si betina akan mengeluarkan bunyi.. seakan berdengus pun ada, macam orang hidung sumbat pun ada...

3. Time kena gigit semut atau kerengga
Kerengga dan semut merupakan ancaman kepada arnab. Especially semasa anak ini kecil dan baru dilahirkan. Sebabnya, biasanya semasa kelahiran, si ibu akan mengeluarkan uri beserta darah. So, bila kerengga atau semut bau, apa lagi.. semua di gigitnya.. termasuklah badan si anak kecil. Mungkin kerengga ni tak berniat pun nak gigit badan dia.. dia cuma nak makan darah je.. especially yang ada kat uri tu.. tapi.. sambil sambit tu.. anaknya pun digigit sekali..

Time lapar ke, time kena serang dengan anjing liar ke.. semua arnab senyap je.. tak bising bising.. time sakit lagi la.. memang senyap memanjang.. so kalau nak tau dia sihat ke tidak, tengok tabiat dia.. kalau senyap je, murung je.. termenung je.. mungkin sakit la tu..

Kadang kadang kesian jugak tengok mereka nie.. iye la.. tak tau nak cakap, kalau ada apa apa pun senyap je kan.. lapar pun senyap.. kenyang pun senyap.. so kita ni just agak agak je la... apa actually yang dia nak..

Thursday 2 October 2014

Arnab Comel : Si Putih Melahirkan Anak

Buat masa ini, kami hanya mempunyai 2 ekor induk betina. Iaitu Si Putih dan Si Tompok. Dua hari lepas, Si Putih berjaya melahirkan 7 ekor anak anak yang comel. Ini adalah kelahiran pusingan kedua setelah beliau berjaya melahirkan 4  ekor anak sebelum ini. 

Ok, kali ini saya tak nak bercerita mengenai kelahiran anak, penjagaan dan sebagainya, yang mana saya telah sentuh sebelum ini. 

Arnab biasanya akan mengandungkan anaknya selama antara 30 hari hingga 33 hari. Namun begitu, ada juga kelahiran yang agak lewat sehingga menjangkau 38 hari. Tetapi ini jarang berlaku. 

Usia kandungan boleh dihitung sehari selepas dia bersama dengan sang jantan. So kalau hari nie dia bersama, esok dah boleh kira sebagai sehari.

Bagi kelahiran pertama (atau bunting first time), circle untuk proses mengawan adalah selepas 2 minggu melahirkan anak. Contohnya; 1 October 2014, mereka mengawan, 30 October 2014 dia akan melahirkan anak.14 November 2014 dah boleh campurkan induk jantan dan betina bagi tujuan mengawan dan selepas sebulan iaitu 14 Disember 2014 dia akan melahirkan anak untuk kali kedua. Antara masa tersebut, iaitu 2 sebulan selepas dia melahirkan anak, anak anak ini sudah boleh cerai susu dengan ibunya.. So masa dua minggu adalah masa yang sesuai untuk proses mengawan

Kesian? Sebenarnya, menurut pemerhatian saya, sekiranya induk betina tidak melahirkan anak atau tidak mengandung, mereka anak berasa tension dan berasa murung. Mungkin sebab kawan kawan yang lain bunting dan seterusnya melahirkan anak, itu menyebabkan mereka akan berasa tension sekiranya tidak bunting dan tidak melahirkan anak.