Monday, 22 September 2014

Arnab Comel : Anak Si Tompok Sudah Mula Belajar Makan

Minggu ni adalah minggu ketiga anak anak Si Tompok di lahirkan.. dari colornya merah, macam anak tikus, belajar menyusu, buka mata, dan sekarang ini mereka sudah mula belajar makan.. Untuk permulaan, kami memberikannya sayur hijau. Selain kerana khasiat yang ada pada sayuran hijau, kami memberikannya sebab ianya lembut dan mudah dikunyah. So secara tidak langsung, sesuai untuk anak anak arnab yang kecil. 

Mungkin kerana masih belum biasa dengan tumbuhan selain susu ibunya saja, anak anak Si Tompok agak sukar juga menerima sayuran sebagai bakal makanan utama mereka suatu hari nanti. Iye la kan.. budak budak.. mana la nak sangat makan selain susu. Tul tak.. 

Tapi, nanti bila mereka sudah biasa, mereka akan lebih suka makan sayur dari minum susu..
Apa yang kelakar, kalau kita perhatikan, selalunya bagi arnab yang dewasa, apabila kita memberikan mereka sayuran, meraka biasanya hanya akan makan daunnya saja dan tidak akan memakan batangnya.. tapi mungkin sebab perasaan ingin tahu agaknya, anak anak arnab nie semua dia nak rasa.. dari batang sampai la ke dauhnya.. mungkin sebab diaorang kecik lagi la.. nanti bila dah besar pun sama jugak kot agaknya..


No comments:

Post a Comment