Wednesday 24 September 2014

Arnab Comel : Lawatan ke Rabbit Fun Land, Beranang, Selangor

Hari tu, kami sekeluarga berkesempatan untuk mengunjungi satu pusat ternakan arnab yang terletak dia Beranang Selangor. Actually, kalau ikut google map, kawasan nie cuma beberapa km saja dari sempadan Negeri Sembilan. 

Pagi tu actually kita tak ada planning pun nak ke sana.. tah macam mana, tercadang pulak kan.. so, kami pack apa yang ada, terus gerak ke sana. Dari rumah lebih kurang jam 8 pagi.. Sarapan, kat Kota Masai, dan terus bertolak kesana. Matlamat kami, selain dari menghabiskan cuti sekolah (seminggu), dan anak anak merengek nak jalan la.. so dapat jugak anak anak kami mengenali haiwan kesayangan mereka.. cik bit...Pun mereka juga boleh belajar mengenai kepentingan ekosistem.. terbaek...

Nasib baik on the date kami pegi tu, cuaca redup je.. dan kami pun tak la rush sangat nak ke sana.. jadi, perjalanan ambil masa agak panjang sikit la.. pagi tu kami sempat search dan snap lokasi tempat tersebut.. kami menggunakan PLUS Highway, masuk melaui tol kempas seterusnya tol skudai dan keluar melalui tol Seremban. Actually, saya ikut arahan GPS je.. hehehe.. sebab tak tau tempat kan...  merentasi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. 

Dari Tol Seremban, kami terus ke Mantin, melalui jalan Persekutuan (jalan dalam..) dan sampai ke simpang Broga.. Jalan nie lagi mencabar.. tapi bagi peminat sukan rally macam aku nie.. jalan nie memang best.. masa bawak kereta tu terasa macam pemandu rally la jugak,.. jalannya memang kecil.. ngam ngam ngan satu keta setiap lorong.. Bila sampai area Bukit Broga, lagi la best... lagi kecik jalannya.. 

Pemandangan memang tak boleh nak cakap la.. best gila.. kanan kiri semua gunung / bukit menghijau.. kebetulan semasa kami ke sana, mungkin tengah musim buah Tampoi kot, so ada pulak orang asli jual buah Tampoi nie.. Sedap la jugak.. sebab jarang makan kan... makan untuk hilangkan ngantuk la..

Lebih kurang jam 1.30 tengahari, kami sampai di Tempat tersebut.. tempat apa? Fabbit Fun Land.. Dimiliki oleh En Wong.. Si debab.. hehe. sama macam aku la.. actually, masa sampai di Pekan Lenggeng, kami stop depan Klinik Kesihatan Lenggeng dan call En Wong nie, sekali rupa rupanya kereta dia ada kat belakang kami, so kami ikut belakang kereta dia la.. 

Kat sini, main core business dia adalah arnab pedaging.. tapi yang menariknya, dia ada sediakan taman arnab dan beberapa haiwan lain untuk pameran. Yang kitaorang nampak adalah arnab, rusa, seladang, kambing biri biri, kambing boer, lembu, keldai dan kucing sakit (hehe .. kucing nie bukan untuk pameran, mungkin dia menumpang kat situ kot... sian kucing tu..)

Ni adalah kemudahan yang ada kat sana.. (activiti)
- Pameran binatang (yang aku sebutkan tadi la.. )
- Jambatan gantung
- Taman arnab
- Menunggang kuda padi ( aku nak naik, tapi kuda tu kata, overweight)

So, lebih kurang dua jam jugak kami habiskan masa kat sana.. budak budak memang suka la.. anak aku yang kecik pun sama... sampai tak nak balik.. tapi bukan arnab yang jadi tumpuan dia sangat, kambing boer... 

Untuk pergetahuan, anak aku yang kecik (En Walin) mempunyai dua pusar kat kepala dia.. Kalau ikut kepercayaan orang orang Jawa kat Parit Bengkok ( sebelah aku ), kalau orang ada pusar dua kat kepala nie, dan dia bela binatang, binatang cepat biak.. ye ke.. tah ekkk.. aku pun tak test lagi.. hehehe.. insyallah...

Balik tu,  kami singgah kat Seremban untuk makan tengahari. Dan terus balik ke jb.. Ingat nak singgah Melaka, tapi semua orang dah penat agaknya kot.. penat mengejar arnab..

Overall, tempat ni mmg best dah sesuai untuk anak anak.. orang dewasa yang suka binatang pun boleh pegi. tak boring la.. Yang kurang best, kalau En Wong boleh manage tinja (tahi) arnab dengan lebih berkesan, lagi membuatkan tempat nie lagi menarik.. 


No comments:

Post a Comment