Thursday 2 October 2014

Arnab Comel : Si Putih Melahirkan Anak

Buat masa ini, kami hanya mempunyai 2 ekor induk betina. Iaitu Si Putih dan Si Tompok. Dua hari lepas, Si Putih berjaya melahirkan 7 ekor anak anak yang comel. Ini adalah kelahiran pusingan kedua setelah beliau berjaya melahirkan 4  ekor anak sebelum ini. 

Ok, kali ini saya tak nak bercerita mengenai kelahiran anak, penjagaan dan sebagainya, yang mana saya telah sentuh sebelum ini. 

Arnab biasanya akan mengandungkan anaknya selama antara 30 hari hingga 33 hari. Namun begitu, ada juga kelahiran yang agak lewat sehingga menjangkau 38 hari. Tetapi ini jarang berlaku. 

Usia kandungan boleh dihitung sehari selepas dia bersama dengan sang jantan. So kalau hari nie dia bersama, esok dah boleh kira sebagai sehari.

Bagi kelahiran pertama (atau bunting first time), circle untuk proses mengawan adalah selepas 2 minggu melahirkan anak. Contohnya; 1 October 2014, mereka mengawan, 30 October 2014 dia akan melahirkan anak.14 November 2014 dah boleh campurkan induk jantan dan betina bagi tujuan mengawan dan selepas sebulan iaitu 14 Disember 2014 dia akan melahirkan anak untuk kali kedua. Antara masa tersebut, iaitu 2 sebulan selepas dia melahirkan anak, anak anak ini sudah boleh cerai susu dengan ibunya.. So masa dua minggu adalah masa yang sesuai untuk proses mengawan

Kesian? Sebenarnya, menurut pemerhatian saya, sekiranya induk betina tidak melahirkan anak atau tidak mengandung, mereka anak berasa tension dan berasa murung. Mungkin sebab kawan kawan yang lain bunting dan seterusnya melahirkan anak, itu menyebabkan mereka akan berasa tension sekiranya tidak bunting dan tidak melahirkan anak.

No comments:

Post a Comment