Thursday 1 January 2015

Arnab Comel : Anak Pertama Holand Loop

Dah lama jugak tak buat posting kat blog nie.. biasa la kan.. sebab kekangan masa.. banyak benda yang kita tak nak dapat nak sempurnakan.. dalam sehari kita cuma ada 24 jam je.. semua orang pun sama, ada 24 jam jugak.. so dalam 24 jam tu, nak kena agihkan masa untuk kerja, family, perniagaan, diri sendiri dan jugak rabbit.. 

Kadang rasa terkejar kejar jugak.. kadang rasa nak giveup pun ada.. tapi kebanyakan masa, rasa seronok memang ada la... especially bila tengok orang orang yang ada disekeliling kita gembira dengan apa yang diaorang ada sekarang.. 

Ok, bab rabbit nie, sekarang nie aku ada beberapa jenis baka.. antaranya Holand Loop, Lion Head, Kampung, Bear dan Anggora.. Ehh tiba tiba je jadi banyak ehh.. hehe hari tu ada satu brader dari Perak nak tutup ladang dia.. so aku beli borong la.. masa tu ada dalam 49 ekor.. tapi sebab perjalanan jauh dari perak ke pasir gudang, bila sampai je.. banyak yang mati.. stress, panas penat dan macam macam lagi la.. sian jugak tengok... 

Lepas beberapa minggu pun still ada yang mati jugak.. mula mula tengok sekor demi seekor mati memang rasa tension.. tapi Allah tu kan maha adil kan.. walaupun ada yang mati.. tapi jumlah yang beranak pun tak kurang banyaknya.. termasuklah beberapa ekor holand loop, kampung dan bear yang bersalin.. 

Jumlah anak yang dilahirkan oleh baka baka selain kampung nie agak kurang sedikit. kalau baka kampung boleh lahirkan dalam 5 hingga 8 ekor, baka holand loop dan bear biasanya dalam 4 hingga 5 ekor anak je yang dilahirkan.. dan dalam banyak banyak tu, kadar hidup mereka antara 60 hingga 70% je.. ataupun dari 5 ekor yang dilahirkan, yang hidup tu tinggal 3 hingga 4 je.. 

Tapi, saiz diaorang nie mmg agak besar la kalau nak compare dengan baka kampung.. lahir je dah banyak bulu.. dua tiga hari lepas tu buka mata.. dan terus gila nak berjalan je.. seronok tengok telatah diaorang...

Sekarang nie, schedule makan diaorang aku dah tukar sedikit. Kalau dulu aku akan beri diaorang makan pada waktu petang, dan diaorang akan makan pada waktu malam.. tapi sekarang nie, aku dah tukar. Beri makan pada waktu pagi, dan siang diaorang akan makan.. sebabnya, kat area rumah aku nie banyak tikus.. so tikus nie akan masuk dalam sangkar diaorang dan makan makanan diaorang.. tu ok lagi la.. yang tak sedapnya, kencing dan berak dalam bekas makanan tu.. 

semua sedia maklum kan, kencing tikus nie kan ada bakteria yang boleh membunuh.. bukan je manusia.. tapi rabbit jugak... dan ada beberapa ekor rabbit yang aku bela, kemungkinan besar kena demam yang disebab kan kencing tikus, dua tiga hari murung je.. pas tu meninggal.. emmm sedih tuuuuu

ok la, berikut adalah beberapa keping photo yang dapat aku kongsikan... 

Cute tak saya...




Macam ada yang geram je tu.. heheh
 


Tuesday 11 November 2014

Arnab Untuk Di Jual : Baka Holand Loop

Berikut adalah arnab yang kami ingin jual kepada mereka yang berminat

Kod : ABHL03
Baka : Holand Loop
Warna : Putih Tompok Cokelat
Jantina : Betina
Usia : 6 bulan
Penghantaran : JB dan kawasan 30km radius
Harga : RM200
Term : COD



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Call / SMS / Whatapps : 0127612279
Email : uzma.wasifah@gmail.com