Wednesday 10 September 2014

Arnab Comel : Cara Menyusukan Anak Arnab


Anak yang baru lahir merupakan makhluk yang sangat kritikal dan sensitif. Bagi anak arnab, ianya sangat sensitif terhadap suhu, makanan (susu ibu), peredaran udara dan banyak lagi. Biasanya bagi mengatasi masalah suhu, ibu arnab akan mencabut bulunya dan meletakan bulu tersebut disekeliling anak anak mereka. Ini bagi membolehkan anak anak arnab sentiasa berada dalam keadaan yang hangat - suhu antara 32'C ~ 35'C adalah suasana yang diperlukan oleh anak arnab yang baru lahir. Namun begitu, hari demi hari, apabila bulu sudah mulai tumbuh, mereka akan mula berdikari dengan menggunakan bulunya sendiri bagi melindungi badannya dari ancaman suhu

Bagi ibu arnab yang melahirkan lebih dari 4 ekor anak dalam satu satu masa, jumlah susu yang dihasilkan mungkin tidak mencukupi untuk keperluan anak anak yang baru lahir. Oleh yang demikian, makanan untuk si ibu adalah sangat penting. Semalam saya telah mencuba untuk memberikan Si Tompok sawi putih, dan allhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Saya dapati anak anaknya bergelimpangan kekenyangan tidak sampai 5 minit menyusu. Sebelum ini,walaupun setelah 15 minit menyusu, anak anaknya masih belum kenyang lagi.. hehehe bukan la maksud saya sampai dia sendawa.. biasanya kami akan lihat perutnya. Anak arnab yang kekenyangan biasanya peurtnya buncit.. hehehe.. kalau nak tunggu sendawa, mau lusa baru siap...

Selain itu, ruang udara yang tidak terlalu tertutup membolehkan anak anak arnab tadi mendapat udara yang secukupnya. 

Hari ini, genaplah usia anak anak arnab Si Tompok berusia 5 hari.. ada beberapa gambar yang saya ingin kongsikan.. antaranya adalah bulu bulu yang mula tumbuh.. Si Tompok menyusukan anaknya.. dan lain lain.. 

Bercakap mengenai menyusukan anak arnab, terdapat dua cara. Cara yang pertama adalah dengan menangkap ibunya dan baringkan, seterusnya letakan anak anaknya sama ada seekor demi seekor atau letak kesemuanya.. Jumlah puting yang ada pada arnab betina adalah 8. So kalau ada 8 ekor sebenarnya cukup lagi.. cuma biasanya kalau susunya kurang banyak, anak anak arnab akan cepat bertukar puting. 

Cara kedua adalah cara berdiri.. maksudnya, amik ibu arnab, biarkan dia berada diatas anak anaknya.. dan anak anak arnab akan menyusu secara semula jadi.. kadang kadang ibu arnab akan lari atau berjalan ke tempat lain, so bagi mengelakan si ibu tadi jalan ke sana sini, berikannya makanan kegemarannya seperti lobak atau kangkung semasa si ibu menyusukan anaknya.. so secara tidak langsung, bila dia sibuk makan, dia tak la jalan jalan, bila tak jalan jalan, senang la anak anak arnab tadi untuk menyusu.

No comments:

Post a Comment