Tuesday 11 November 2014

Arnab Untuk Di Jual : Baka Holand Loop

Berikut adalah arnab yang kami ingin jual kepada mereka yang berminat

Kod : ABHL03
Baka : Holand Loop
Warna : Putih Tompok Cokelat
Jantina : Betina
Usia : 6 bulan
Penghantaran : JB dan kawasan 30km radius
Harga : RM200
Term : COD



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Call / SMS / Whatapps : 0127612279
Email : uzma.wasifah@gmail.com




Arnab Untuk Di Jual : Baka Holand Loop

Berikut adalah arnab yang kami ingin jual kepada mereka yang berminat

Kod : ABHL02
Baka : Holand Loop
Warna : Cokelat tompok putih
Jantina : Betina
Usia : 6 bulan
Penghantaran : JB dan kawasan 30km radius
Harga : RM200
Term : COD



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Call / SMS / Whatapps : 0127612279
Email : uzma.wasifah@gmail.com




Arnab Untuk Dijual : Baka Holand Loop

Berikut adalah arnab yang kami ingin jual kepada mereka yang berminat

Kod : ABHL01
Baka : Holand Loop
Warna : Cokelat 
Jantina : Betina
Usia : 6
Penghantaran : JB dan kawasan 30km radius
Harga : RM200
Term : COD



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Call / SMS / Whatapps : 0127612279
Email : uzma.wasifah@gmail.com




Friday 7 November 2014

Arnab Untuk Dijual : Baka Anggora


Berikut adalah arnab yang kami ingin jual kepada mereka yang berminat

Kod : ABA05
Baka : Anggora mata cokelat
Warna : Putih 
Jantina : Jantan 
Usia : 2 bulan
Penghantaran : JB dan kawasan 30km radius
Harga : RM50
Term : COD

* Yang nie muka je comot.. tapi sangat jinak.. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Call / SMS / Whatapps : 0127612279
Email : uzma.wasifah@gmail.com

Arnab Untuk Dijual : Baka Anggora


Berikut adalah arnab yang kami ingin jual kepada mereka yang berminat

Kod : ABA04
Baka : Anggora
Warna : Putih tompok kelabu hitam
Jantina : Jantan 
Usia : 3 bulan
Penghantaran : JB dan kawasan 30km radius
Harga : RM70
Term : COD

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Call / SMS / Whatapps : 0127612279
Email : uzma.wasifah@gmail.com

Arnab Untuk Dijual : Baka Anggora



Berikut adalah arnab yang kami ingin jual kepada mereka yang berminat

Kod : ABA03
Baka : Anggora
Warna : Putih 
Jantina : Jantan 
Usia : 5 bulan
Penghantaran : JB dan kawasan 30km radius
Harga : RM150
Term : COD

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Call / SMS / Whatapps : 0127612279
Email : uzma.wasifah@gmail.com

Arnab Untuk Dijual : Baka Anggora



Berikut adalah arnab yang kami ingin jual kepada mereka yang berminat

Kod : ABA02
Baka : Anggora
Warna : Putih telinga hitam, mata pun sama
Jantina : Jantan 
Usia : 3 bulan
Penghantaran : JB dan kawasan 30km radius
Harga : RM70
Term : COD

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Call / SMS / Whatapps : 0127612279
Email : uzma.wasifah@gmail.com

Arnab Cute Untuk Dijual : Anggora


Berikut adalah arnab yang kami ingin jual kepada mereka yang berminat

Kod : ABA01
Baka : Anggora
Warna : Putih 
Jantina : Jantan 
Usia : 3 bulan
Penghantaran : JB dan kawasan 30km radius
Harga : RM150
Term : COD

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Call / SMS / Whatapps : 0127612279
Email : uzma.wasifah@gmail.com

Monday 20 October 2014

Arnab Comel : Waspada Serangan Pemangsa

Sepanjang beberapa bulan saya berjinak jinak dengan haiwan comel yang namanya arnab nie, boleh dikatakan memang jarang jarang sekali si comel nie mengeluarkan bunyi.. kalau tak ya ya, memang tak dengar langsung suara merdu dia nie.. ada beberapa keadaan yang memungkinkan dia akan mengeluarkan bunyi;

1. Anak kena pijak si ibu..
Arnab yang masih belum putus susu, biasanya usia kurang sebulan akan suka bermain main didalam sangkar. Kadang kala, time si ibu nak jalan ke situ, time tu la jugak dia nak ke sana. Apa lagi, terpijak la si ibunya.. time nie mungkin dia akan menjerit..

2. Si jantan mengejar si betina bagi tujuan ... ehem ehem..
Ada masa masa bila si jantan memang dah nak nak sangat la.. tapi time tu si betina pulak tengah tak ready.. so bila kena kejar tu, si betina akan mengeluarkan bunyi.. seakan berdengus pun ada, macam orang hidung sumbat pun ada...

3. Time kena gigit semut atau kerengga
Kerengga dan semut merupakan ancaman kepada arnab. Especially semasa anak ini kecil dan baru dilahirkan. Sebabnya, biasanya semasa kelahiran, si ibu akan mengeluarkan uri beserta darah. So, bila kerengga atau semut bau, apa lagi.. semua di gigitnya.. termasuklah badan si anak kecil. Mungkin kerengga ni tak berniat pun nak gigit badan dia.. dia cuma nak makan darah je.. especially yang ada kat uri tu.. tapi.. sambil sambit tu.. anaknya pun digigit sekali..

Time lapar ke, time kena serang dengan anjing liar ke.. semua arnab senyap je.. tak bising bising.. time sakit lagi la.. memang senyap memanjang.. so kalau nak tau dia sihat ke tidak, tengok tabiat dia.. kalau senyap je, murung je.. termenung je.. mungkin sakit la tu..

Kadang kadang kesian jugak tengok mereka nie.. iye la.. tak tau nak cakap, kalau ada apa apa pun senyap je kan.. lapar pun senyap.. kenyang pun senyap.. so kita ni just agak agak je la... apa actually yang dia nak..

Thursday 2 October 2014

Arnab Comel : Si Putih Melahirkan Anak

Buat masa ini, kami hanya mempunyai 2 ekor induk betina. Iaitu Si Putih dan Si Tompok. Dua hari lepas, Si Putih berjaya melahirkan 7 ekor anak anak yang comel. Ini adalah kelahiran pusingan kedua setelah beliau berjaya melahirkan 4  ekor anak sebelum ini. 

Ok, kali ini saya tak nak bercerita mengenai kelahiran anak, penjagaan dan sebagainya, yang mana saya telah sentuh sebelum ini. 

Arnab biasanya akan mengandungkan anaknya selama antara 30 hari hingga 33 hari. Namun begitu, ada juga kelahiran yang agak lewat sehingga menjangkau 38 hari. Tetapi ini jarang berlaku. 

Usia kandungan boleh dihitung sehari selepas dia bersama dengan sang jantan. So kalau hari nie dia bersama, esok dah boleh kira sebagai sehari.

Bagi kelahiran pertama (atau bunting first time), circle untuk proses mengawan adalah selepas 2 minggu melahirkan anak. Contohnya; 1 October 2014, mereka mengawan, 30 October 2014 dia akan melahirkan anak.14 November 2014 dah boleh campurkan induk jantan dan betina bagi tujuan mengawan dan selepas sebulan iaitu 14 Disember 2014 dia akan melahirkan anak untuk kali kedua. Antara masa tersebut, iaitu 2 sebulan selepas dia melahirkan anak, anak anak ini sudah boleh cerai susu dengan ibunya.. So masa dua minggu adalah masa yang sesuai untuk proses mengawan

Kesian? Sebenarnya, menurut pemerhatian saya, sekiranya induk betina tidak melahirkan anak atau tidak mengandung, mereka anak berasa tension dan berasa murung. Mungkin sebab kawan kawan yang lain bunting dan seterusnya melahirkan anak, itu menyebabkan mereka akan berasa tension sekiranya tidak bunting dan tidak melahirkan anak.

Thursday 25 September 2014

Arnab Comel : Anak Si Tompok Sudah Mula Makan Pallet

Minggu ni adalah minggu kempat anak anak tompok dilahirkan.. hampir sebulan anak anak ini lahir.. Minggu lepas mereka sudah mula makan daun daun segar.. minggu nie mereka dah mula belajar makan pallet.. Selain itu mereka sudah minum dibekas yang kami sediakan. Nampak kurang sesuai minum dibekas sebab bekas tersebut agak tinggi kalau nak compare dengan ketinggian badan anak anak Si Tompok yang comel itu..

Sekarang kami telah mencampurkan anak anak Si Tompok bersama ibunya.. so, rutin kami setiap pagi sudah berkurangan. Kalau dulu, setiap pagi dan petang kami terpaksa mengambil Si Tompok dan bawanya ke sangkar anak anaknya untuk menyusukan anak anak mereka. Sekarang, sebab dah duduk dalam satu sangkar, anak anaknya yang dah tumbuh gigi depan tu, berkejar kejar untuk menyusu.. kadang kadang kesian jugak tengok Si Tompok tu, ye la kan.. anak anaknya kan gigi panjang panjang.. so time menyusu tu mesti rasa ngilu.. hahaha. Cuba bayangkan ekk, kalau anak anak kita ada gigi panjang macam tu. tak payah nak isap susu ibu la.. puting susu silikon pun boleh koyak setiap kali isap... tett tett....(untuk bacaan 18 tahun keatas sahaja.. )











Wednesday 24 September 2014

Arnab Comel : Lawatan ke Rabbit Fun Land, Beranang, Selangor

Hari tu, kami sekeluarga berkesempatan untuk mengunjungi satu pusat ternakan arnab yang terletak dia Beranang Selangor. Actually, kalau ikut google map, kawasan nie cuma beberapa km saja dari sempadan Negeri Sembilan. 

Pagi tu actually kita tak ada planning pun nak ke sana.. tah macam mana, tercadang pulak kan.. so, kami pack apa yang ada, terus gerak ke sana. Dari rumah lebih kurang jam 8 pagi.. Sarapan, kat Kota Masai, dan terus bertolak kesana. Matlamat kami, selain dari menghabiskan cuti sekolah (seminggu), dan anak anak merengek nak jalan la.. so dapat jugak anak anak kami mengenali haiwan kesayangan mereka.. cik bit...Pun mereka juga boleh belajar mengenai kepentingan ekosistem.. terbaek...

Nasib baik on the date kami pegi tu, cuaca redup je.. dan kami pun tak la rush sangat nak ke sana.. jadi, perjalanan ambil masa agak panjang sikit la.. pagi tu kami sempat search dan snap lokasi tempat tersebut.. kami menggunakan PLUS Highway, masuk melaui tol kempas seterusnya tol skudai dan keluar melalui tol Seremban. Actually, saya ikut arahan GPS je.. hehehe.. sebab tak tau tempat kan...  merentasi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. 

Dari Tol Seremban, kami terus ke Mantin, melalui jalan Persekutuan (jalan dalam..) dan sampai ke simpang Broga.. Jalan nie lagi mencabar.. tapi bagi peminat sukan rally macam aku nie.. jalan nie memang best.. masa bawak kereta tu terasa macam pemandu rally la jugak,.. jalannya memang kecil.. ngam ngam ngan satu keta setiap lorong.. Bila sampai area Bukit Broga, lagi la best... lagi kecik jalannya.. 

Pemandangan memang tak boleh nak cakap la.. best gila.. kanan kiri semua gunung / bukit menghijau.. kebetulan semasa kami ke sana, mungkin tengah musim buah Tampoi kot, so ada pulak orang asli jual buah Tampoi nie.. Sedap la jugak.. sebab jarang makan kan... makan untuk hilangkan ngantuk la..

Lebih kurang jam 1.30 tengahari, kami sampai di Tempat tersebut.. tempat apa? Fabbit Fun Land.. Dimiliki oleh En Wong.. Si debab.. hehe. sama macam aku la.. actually, masa sampai di Pekan Lenggeng, kami stop depan Klinik Kesihatan Lenggeng dan call En Wong nie, sekali rupa rupanya kereta dia ada kat belakang kami, so kami ikut belakang kereta dia la.. 

Kat sini, main core business dia adalah arnab pedaging.. tapi yang menariknya, dia ada sediakan taman arnab dan beberapa haiwan lain untuk pameran. Yang kitaorang nampak adalah arnab, rusa, seladang, kambing biri biri, kambing boer, lembu, keldai dan kucing sakit (hehe .. kucing nie bukan untuk pameran, mungkin dia menumpang kat situ kot... sian kucing tu..)

Ni adalah kemudahan yang ada kat sana.. (activiti)
- Pameran binatang (yang aku sebutkan tadi la.. )
- Jambatan gantung
- Taman arnab
- Menunggang kuda padi ( aku nak naik, tapi kuda tu kata, overweight)

So, lebih kurang dua jam jugak kami habiskan masa kat sana.. budak budak memang suka la.. anak aku yang kecik pun sama... sampai tak nak balik.. tapi bukan arnab yang jadi tumpuan dia sangat, kambing boer... 

Untuk pergetahuan, anak aku yang kecik (En Walin) mempunyai dua pusar kat kepala dia.. Kalau ikut kepercayaan orang orang Jawa kat Parit Bengkok ( sebelah aku ), kalau orang ada pusar dua kat kepala nie, dan dia bela binatang, binatang cepat biak.. ye ke.. tah ekkk.. aku pun tak test lagi.. hehehe.. insyallah...

Balik tu,  kami singgah kat Seremban untuk makan tengahari. Dan terus balik ke jb.. Ingat nak singgah Melaka, tapi semua orang dah penat agaknya kot.. penat mengejar arnab..

Overall, tempat ni mmg best dah sesuai untuk anak anak.. orang dewasa yang suka binatang pun boleh pegi. tak boring la.. Yang kurang best, kalau En Wong boleh manage tinja (tahi) arnab dengan lebih berkesan, lagi membuatkan tempat nie lagi menarik.. 


Monday 22 September 2014

Arnab Comel : Anak Si Tompok Sudah Mula Belajar Makan

Minggu ni adalah minggu ketiga anak anak Si Tompok di lahirkan.. dari colornya merah, macam anak tikus, belajar menyusu, buka mata, dan sekarang ini mereka sudah mula belajar makan.. Untuk permulaan, kami memberikannya sayur hijau. Selain kerana khasiat yang ada pada sayuran hijau, kami memberikannya sebab ianya lembut dan mudah dikunyah. So secara tidak langsung, sesuai untuk anak anak arnab yang kecil. 

Mungkin kerana masih belum biasa dengan tumbuhan selain susu ibunya saja, anak anak Si Tompok agak sukar juga menerima sayuran sebagai bakal makanan utama mereka suatu hari nanti. Iye la kan.. budak budak.. mana la nak sangat makan selain susu. Tul tak.. 

Tapi, nanti bila mereka sudah biasa, mereka akan lebih suka makan sayur dari minum susu..
Apa yang kelakar, kalau kita perhatikan, selalunya bagi arnab yang dewasa, apabila kita memberikan mereka sayuran, meraka biasanya hanya akan makan daunnya saja dan tidak akan memakan batangnya.. tapi mungkin sebab perasaan ingin tahu agaknya, anak anak arnab nie semua dia nak rasa.. dari batang sampai la ke dauhnya.. mungkin sebab diaorang kecik lagi la.. nanti bila dah besar pun sama jugak kot agaknya..


Sunday 21 September 2014

Arnab Comel : Holand Lop dan Angora, Keluarga Baru Kami

Minggu nie boleh la kami katakan sebagai minggu yang membawa keceriaan kepada keluarga arnab kami. Kenapa? emmm.. kenapa ekk... Ok la.. sebabnya, minggu nie kami telah membeli seekor Holand Lop yang comel, berusia lebih kurang dua bulan.. 

Kebetulan, lepas balik makan malam, kami berbincang sesama ahli persatuan - Wasifah, Wasiqah, Walin, Kirin dan saya.. So lepas siap makan malam, kami pun kekedai haiwan peliharaan, planning awal adalah untuk mencarikan seekor dua induk betina untuk dijadikan pasangan hidup Tompok Cokelat.. Sian jugak kat dia, dah kegersangan sangat dah tu, sebab Putih Betina sekarang sedang menunggu hari manakala Si Tompok Betina sedang dalam proses penyusuan anak.. 

Bila tiba saja dikedai haiwan peliharaan, kami terlihat seekor induk betina baka Angora.. dengan warna hitam disekeliling matanya...

Cute sangat.. Harganya RM120.. memang mahal.. so kami tidak terus membeli.. tetapi kami kekedai yang berhampiran untuk melihat kot kot ada yang berkenan dihati..

Masa tu la kami terlihat seekor Holand Lop (Telinga jatuh kebawah) dan kami terus bekenan dengannya.. Tapi tu la.. harganya RM125. Kecik lagi.. tapi memang cute.. Dalam sangkar yang sama, ada seekor Angora, keliling mata hitam dan seekor angora hitam... Seekor harganya RM20.. So bagi mengurangkan harga, kami beli mereka bertiga dengan harga RM150. Opsss... kami juga membeli sebotol ubat kurap dengan harga RM20. So, kiranya kalau ikut calculation semula;

Holand Lop RM100
Angora Putih RM20
Angora Hitam RM20
Ubat Kurap RM10

Ok la kan.. kira berbaloi la pembelian kami malam tu...

Ops... tak cukup dengan itu, kami kekedai yang pertama tadi kami kunjungi, kami membeli sangkar 2 unit dengan harga RM70 dan angora keliling mata hitam tadi, yang mulanya hendak dijual pada harga RM120. Dengan muka kesian, setelah gebang kanan kiri.. dia telah menjualnya pada harga RM50 je.. hehehe

So malam tu je kami telah berbelanja sebanyak RM270... betul shopping nie.. hehe

Saturday 20 September 2014

Arnab Comel : Perkembangan Kelahiran Pada Minggu Ketiga


Minggu ni adalah minggu ketiga anak anak Si Tompok lahir. Dulu masa kecil, warnanya merah.. macam anak tikus.. bila masuk seminggu, nampak la bulu bulu dia sikit.. tapi tak dapat agak warnanya.. nampak macam hitam dan putih saja.. sekarang masuk minggu ketiga.. baru kita nampak color sebenar.. so daripada 4 ekor, hanya seekor yang colornya sama macam mak dia.. putih dan kelabu. Yang selebihnya, color macam bapak dia.. putih dan cokelat.. So senang cakap, 1 anak emak, 3 anak bapak.. 
Setakat ni, allhamdulillah, balance 4 ekor nie semua sihat dah buncit buncit belaka.. Nama? hehe so far tak ada nama lagi .. tak tau nak letak nama apa.. (bukan tak nak letak sebenarnya, takut bila dah letak nanti, susah nak mengingat.. huhu) So, jalan terbaik adalah tidak meletakkan nama.. yang penting sihat.. allhamdulillah...

So, mungkin minggu nie dah nak kena ajar diaorang (budak berempat tu..) makan makanan sendiri.. mungkin start dengan sayur yang lembut macam lobak yang di sagat dan sayur kangkung... So sedikit sebanyak diaorang akan start belajar untuk makan.. dan minggu depan, dah boleh start letak pallet untuk step seterusnya...
Ni adalah beberapa gambar yang saya sempat ambil.. Cute tak? Ada sapa sapa yang nak order? hehehe. Actually, kitaorang nie just suka suka bela arnab je.. tak ada specific target pun... cuma ada angan angan je.. nak tau apa angan angan kitaorang? hehehe.. insyallah nanti kami kongsikan bersama... 

Sekarang nie mata diaorang dah bukak dah.. so .. apa lagi .. dok meligan mak diaorang la... nak isap susu... terbaek...

Friday 19 September 2014

Arnab Comel : Kerana Lapar, Arnab Mengigit Apa Saja..

 Arnab adalah haiwan yang suka makan. Berapa banyak pun makanan yang kita sediakan untuknya, sure dia boleh abiskan.. Terutama sekali makanan kegemarannya.. Setiap arnab mempunyai makanan kegemarannya sendiri. Yang biasa, sayur seperti lobak, kangkung, sawi dan lain lain. Selain bertujuan untuk mengisi perut yang lapar, arnab juga gemar menggigit untuk melambatkan pertumbuhan gigi hadapannya. Sebab itu, kadang kala dia gemar menggigit bekas makanan, dawai sangkar dan lain lain, asal saja benda keras. 

Hari tu, mungkin atas sebab sebab yang tak dapat dielakan, semasa anak saya, Walin sedang bermain dengan Si Tompok, dan jarinya sedikit masuk kedalam sangkar, tiba tiba dia menarik jarinya dengan pantas, sambil menunjukan jarinya. Bila ditanya, rupanya, jarinya digigit Si Tompok. Mujurlah tak luka.. mungkin jugak gigitan manja .. hehe. Sian jugak tengok dia... tapi bagus jugak la untuk pembelajaran dia..so lepas nie harap dia lebih berhati hati dengan arnab kesayangan dia nie.. tak la main hulur tangan je ... huhu.. biasa la kan budak baru nak naik..

Friday 12 September 2014

Arnab Comel : Hari Ke 8 Kelahiran

Daripada 7 ekor, sekarang tinggal 4 ekor. Allmahdulillah, walaupun 4 ekor, kesemuanya sihat dan gemuk gemuk bel

aka.. terutama sekali pada bahagian perotttt.. memang buncit kalau dia lepas minum susu ibu dia.. Ada saya baca ( tak ingat di blog mana ), kadang kadang kita dapat lihat air susu yang diminum tu mengalir masuk dalam perut anak anak arnab tu.. tapi kami masih belum sebertuah itu.. :(.. tak apa la. mungkin lain kelahiran kot.

Sekarang ini, mata anak anak arnab ini sudah mula terbuka sedikit. dah tak rapat macam first day kelahiran. So sekarang nampak la mata dia yang sepet tu.. cute.

Mungkin sekarang ini, mereka sudah boleh melihat ibunya.. so tak la susah sangat nak menyusukan diaorang nie.. sebab diaorang dah nampak mana ibu dia berada.. nanti kalau diaorang dah pandai jalan, sure abis ibunya kena kejar.. hahaha. Time tu, tak cukup tanah Si Tompok lari..

Kalau perasan, kat bawah perot Si Tompok tu adalah anak anak dia.. sambil anak anak dia isap susu, dia menikmati lobak segar... 

Yang nampak jari tu, errr jari saya la tu.. hehe. Sambil bagi arnab makan lobak, sambil kita amik gambar dia.. boleh? 

Wednesday 10 September 2014

Arnab Comel : Cara Menyusukan Anak Arnab


Anak yang baru lahir merupakan makhluk yang sangat kritikal dan sensitif. Bagi anak arnab, ianya sangat sensitif terhadap suhu, makanan (susu ibu), peredaran udara dan banyak lagi. Biasanya bagi mengatasi masalah suhu, ibu arnab akan mencabut bulunya dan meletakan bulu tersebut disekeliling anak anak mereka. Ini bagi membolehkan anak anak arnab sentiasa berada dalam keadaan yang hangat - suhu antara 32'C ~ 35'C adalah suasana yang diperlukan oleh anak arnab yang baru lahir. Namun begitu, hari demi hari, apabila bulu sudah mulai tumbuh, mereka akan mula berdikari dengan menggunakan bulunya sendiri bagi melindungi badannya dari ancaman suhu

Bagi ibu arnab yang melahirkan lebih dari 4 ekor anak dalam satu satu masa, jumlah susu yang dihasilkan mungkin tidak mencukupi untuk keperluan anak anak yang baru lahir. Oleh yang demikian, makanan untuk si ibu adalah sangat penting. Semalam saya telah mencuba untuk memberikan Si Tompok sawi putih, dan allhamdulillah, hasilnya sangat memuaskan. Saya dapati anak anaknya bergelimpangan kekenyangan tidak sampai 5 minit menyusu. Sebelum ini,walaupun setelah 15 minit menyusu, anak anaknya masih belum kenyang lagi.. hehehe bukan la maksud saya sampai dia sendawa.. biasanya kami akan lihat perutnya. Anak arnab yang kekenyangan biasanya peurtnya buncit.. hehehe.. kalau nak tunggu sendawa, mau lusa baru siap...

Selain itu, ruang udara yang tidak terlalu tertutup membolehkan anak anak arnab tadi mendapat udara yang secukupnya. 

Hari ini, genaplah usia anak anak arnab Si Tompok berusia 5 hari.. ada beberapa gambar yang saya ingin kongsikan.. antaranya adalah bulu bulu yang mula tumbuh.. Si Tompok menyusukan anaknya.. dan lain lain.. 

Bercakap mengenai menyusukan anak arnab, terdapat dua cara. Cara yang pertama adalah dengan menangkap ibunya dan baringkan, seterusnya letakan anak anaknya sama ada seekor demi seekor atau letak kesemuanya.. Jumlah puting yang ada pada arnab betina adalah 8. So kalau ada 8 ekor sebenarnya cukup lagi.. cuma biasanya kalau susunya kurang banyak, anak anak arnab akan cepat bertukar puting. 

Cara kedua adalah cara berdiri.. maksudnya, amik ibu arnab, biarkan dia berada diatas anak anaknya.. dan anak anak arnab akan menyusu secara semula jadi.. kadang kadang ibu arnab akan lari atau berjalan ke tempat lain, so bagi mengelakan si ibu tadi jalan ke sana sini, berikannya makanan kegemarannya seperti lobak atau kangkung semasa si ibu menyusukan anaknya.. so secara tidak langsung, bila dia sibuk makan, dia tak la jalan jalan, bila tak jalan jalan, senang la anak anak arnab tadi untuk menyusu.

Monday 8 September 2014

Arnab Comel : Anak Si Tompok Hilang Lagi

Setelah digemparkan dengan misteri kehilangan anak pada hari semalam, pagi ini, lagi seekor anak Si Tompok hilang!!! Kali ini saya tidak teragak agak untuk mengasingkan anak anak Si Tompok dan ibunya. Saya cuma bimbang yang anaknya yang lain turut hilang lagi. 

Sekarang tinggal 5 ekor saja anak Si Tompok. Start pagi ni, kami sekeluarga mengambil inisiatif untuk menyusukan anak anak Si Tompok. Maksud saya, bukan menggunakan susu saya, tapi susu Si Tompok jugak la.. 

Kami aturkan setiap pagi (sebelum pergi kerja.. dalam kul 7am macam tu la) dan malam (selepas balik kerja dalam kul 7 pm macam tu) kami akan ambil Si Tompok, baringkan dia, pegang telingan  dan kaki dia, dan ambil anaknya seekor demi seekor untuk menyusukan. 

So far, ada 3 ekor yang perutnya abak buncit sebab kenyang sangat kot.. dan yang dua lagi agak kurus dan kecil.. 

Buat pertama kalinya, saya membantu anak anak arnab yang baru berusia kurang seminggu menyusukan susu badan ibunya.. 

Susu Si Tompok tak banyak sangat.. so, anak yang dapat giliran 4 dan 5 tu macam tak kenyang sangat la.. emm nak kena cari idea nie, macam mana nak bagi susu Si Tompok banyak. Kalau ikut orang melayu, nak banyakan susu kena makan sawi putih / pak choi. So far kami hanya berikan pallet dan lobak je.. tapi susunya tak banyak sangat..

Tengahari nie nak kena mulakan projek baru, bagi sawi putih pada arnab yang dalam pantang.. Kalau ikut apa yang saya baca, arnab berpantang dalam seminggu macam tu.. logik jugak la.. kalau manusia, mengandung 9 bulan 10 hari (280 hari) dan berpantang selama 40 hari atau 14.28% daripada masa mengandung.. so kalau arnab bunting selama 30 hari maksudnya tempoh pantangnya adalah 4.28 hari atau kira kira 5 hari la.. so maksudnya hari ke enam atau minggu berikutnya, dah boleh la untuk kahwinkan dia semula.. 

Cuma, nak kena fikir tentang anak anaknya la.. macam manusia jugak.. walaupun pantang 40 hari, tapi ada jugak yang 8 bulan lepas tu lahir sorang anak (dalam hari pun belasah jugak.. adehhh...) Patutnya nak kena la bagi anak sampai putus susu jugak kan... So kalau arnab, anak anak putus susu lepas dua minggu la.. so kalau manusia lebih kurang 4 bulan setengah kot...




Sunday 7 September 2014

Arnab Comel : Anak Si Tompok Hilang

Pagi ini kami dikejutkan dengan kehilangan seekor anak Si Tompok. Malam sebelumnya, semasa melahirkan, Uzma telah mengira jumlah anak yang dilahirkan, memang jumlahnya 7 ekor. Saya pun sama mengira, memang jumlahnya 7. Nak harapkan Walin dan Wasiqah yang mengira, jawabnya ada 70 la.. haha

Malam tadi, saya lihat Si Tompok mencabut bulunya dan meletakan bulu yang telah dikumpul didalam bekas tempat menyimpan anak anaknya.. saya yakin, Si Tompok merupakan ibu yang penyayang, walaupun pada kelahiran yang pertama tempoh hari, apabila Si Putih dan Si Tompok saya lepaskan bebas hidup di luar sangkar, mereka berdua membuat lubang, dan melahirkan 5 ekor anak. Anak Si Tompok cuma satu je.. yang lain anak Si Putih. Saya tidak syak apa apa..

Kehilangan seekor anak Si Tompok menjadi tanda tanya kami sekeluarga. Mungkin ke dia makan anaknya sendiri, atau ada binatang lain seperti tikus atau kucing yang berani masuk dan menculik lalu memakan anak Si Tompok? Sampai satu ketika, Uzma memberi cadangan supaya meletakan CCTV untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku...

Arnab Comel : Si Tompok Melahirkan Anak

Setelah bunting selama sebulan hasil ushasama antara Si Cokelat (jantan) dan Si Tompok (betina), Si Tompok telah berjaya melahirkan 7 ekor anak yang comel. Semua anak anaknya mempunyai belang sama macam ibu dan ayah dia.. 

Actually malam tu, lepas ambil Uzma balik tuisyen, Walin sibuk sangat nak tengok rabbit kat sangkarnya. Mulanya saya berkeras untuk tidak membawa Uzma dan Walin melihat arnab tersebut, tetapi dek mengena

ngkan perangai Walin yang merentan bila tak dapat tengok arnab kesayangan dia, saya pun bawak la mereka berdua melihat arnab mereka.

Memang terkejut sungguh sebab 6 daripada 7 anak yang baru dilahirkan, badannya terjerlus antara besi dawai lantai sangkar. Yang tinggal adalah kepalanya yang gak besar dan keras membolehkan anak anak si Tompok tersangkut. 

Kami sekeluarga bukan main kelam kabut apabila melihatkan keadaan tersebut. Dengan sepantas kilat, saya mengangkat sangkar tersebut dan membawanya ke tempat yang lebih terang, lalu merenggangkan jaring dawai tersebut supaya membolehkan saya mengangkat anak anak Si Tompok. 

Allhamdulillah semuanya saya berjaya selamatkan. 

Umza dan Walin bukan main kecoh lagi bila tengok anak anak Si Tompok yang masih merah dan berdarah ..

So kami ambil keputusan untuk membawa balik Si Tompok dan anak anaknya ke rumah dan monitor perkembangan si ibu dan anak dari semasa ke semasa..