Friday 19 September 2014

Arnab Comel : Kerana Lapar, Arnab Mengigit Apa Saja..

 Arnab adalah haiwan yang suka makan. Berapa banyak pun makanan yang kita sediakan untuknya, sure dia boleh abiskan.. Terutama sekali makanan kegemarannya.. Setiap arnab mempunyai makanan kegemarannya sendiri. Yang biasa, sayur seperti lobak, kangkung, sawi dan lain lain. Selain bertujuan untuk mengisi perut yang lapar, arnab juga gemar menggigit untuk melambatkan pertumbuhan gigi hadapannya. Sebab itu, kadang kala dia gemar menggigit bekas makanan, dawai sangkar dan lain lain, asal saja benda keras. 

Hari tu, mungkin atas sebab sebab yang tak dapat dielakan, semasa anak saya, Walin sedang bermain dengan Si Tompok, dan jarinya sedikit masuk kedalam sangkar, tiba tiba dia menarik jarinya dengan pantas, sambil menunjukan jarinya. Bila ditanya, rupanya, jarinya digigit Si Tompok. Mujurlah tak luka.. mungkin jugak gigitan manja .. hehe. Sian jugak tengok dia... tapi bagus jugak la untuk pembelajaran dia..so lepas nie harap dia lebih berhati hati dengan arnab kesayangan dia nie.. tak la main hulur tangan je ... huhu.. biasa la kan budak baru nak naik..

No comments:

Post a Comment