Tuesday 19 August 2014

Arnab Comel : Tentang Saya..

Uzma adalah nama anak ketiga saya. Umurnya 8 tahun. Darjah 2 di SKKM1, Pasir Gudang. Kami sekeluarga mempunyai hobi yang sama. Iaitu membela arnab. Buat masa ini, kami mempunyai dua ekor arnab. Si Oteh (Baka Angora) dan Si Tam (Baka Kampung)
Semalam kami membeli mereka berdua dari pet shop di Kota Masai Carefour Pandan. Sepasang berharga RM116. Saya pun tak tahu macam mana tiba tiba saja kami memutuskan untuk memelihara arnab. Sedangkan kami tahu Uzma mempunyai alahan terhadap bulu - asma yang agak kronik la jugak. 

Pernah dulu masa umurnya 4 tahun, kami sekeluarga tidur didalam kereta kerana Uzma memerlukan rawatan 2 jam sekali untuk mendapatkan nebulizer. So pada masa itu jam 2 pagi, dan rawatan seterusnya adalah jam 4 pagi. 

Jalan yang paling mudah, selepas mendapatkan rawatan yang pertama, kami balik kerumah dan park kereta depan rumah, terus tido dalam kereta. Jam 4, kami sedar, terus ke klinik semula untuk mendapatkan rawatan seterusnya. Dan seterusnya kami balik dan tido lagi didalam kereta. Oleh kerana setelah mengambil second dosage lelahnya semakin berkurangan, so kami tertido sehingga jam 7. heheh.. jiran sebelah rumah yang kejutkan kami.. 



Semasa kami membeli Oteh dan Tam, umurnya lebih kurang 3 minggu. Cute sangat masa tu.. Semua orang suka.. rasa macam nak kitai kitai je.. sebab mukanya cute sangat.. 

Ok sambung balik. Yang ni pulak, anak ke tiga. Wasiqah. Dia memang pandai berposing. Sekarangnya umurnya 6 tahun 11 bulan. Bulan October 6, adalah hari lahirnya.Di lahirkan sebagai seorang OKU, diamana mengalami Edward Syndrome. Syndrome yang dialami oleh 1/1,000,000 anak yang dilahirkan. 

Walaupun OKU, tapi sekeluarga tak pernah menganggapnya begitu. Kami menganggapnya sebagai kelebihan yang tak ada pada orang lain. Bukan saja dia, tapi kepada kami sekeluarga.. 


Sangat suka pada arnab, tapi sangat takut pada benda yang berbulu.. Arnab berbulu?? hehehe

Yang kecik ni pulak, Walin. Baru berusia 2 tahun 8 bulan. Apa yang dia nak mesti kena tunaikan, kalau tidak, satu taman akan dengar dia menjerit. Tak kira tempat.. Semua dia sebat. 

Setakat calar muka, lebam kaki dan bibir pecah nie memang dah jadi makan dia setiap hari sebab terlalu lincah dan tak dengar cakap. 

Sangat suka pada arnab. Dia kalau angkat arnab, tangan sebelah je.. lepas tu suka suka dia je nak lepaskan..

No comments:

Post a Comment